Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur kita kerana masih bernafas dan dikurniakan dua nikmat iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Tercetus nya idea untuk meng update entry ini disebabkan atas pertanyaan sahabat-2 seperjuangan. mungkin kerana ingin mengetahui serba sedikit tentang perjalanan hamba ALLAH yang seorang ini. Niat dihati pun hanya ingin berkongsi . Segala salah dan silap mohon dimaafi.
Alhamdulillah , hampir sebulan sudah aku menjadi insan baharu. Menjadi hamba yang masih mencuba menjadi seistiqamah mungkin meraih syurga - NYA. Walaupun aku tahu masih banyak kekurangan di dalam diri ini. Semoga aku masih tetap di jalan- MU YA RABB.
Tidak dinafikan, aku sememangnya dikelilingi insan-2 yang sememangya sentiasa menjaga diri sebagai hamba. even keluarga aku sendiri. emak dan abah begitu menitik beratkan ilmu agama dalam keluarga. tapi aku lah satu-2 nya anak yang memang banyak masalah. aku pernah melalui zaman dimana aku boleh dikategorikan anak derhaka. subhanallah :'(
Niat penulisan ini bukanlah untuk menunjuk yang diri ini sudah memulakan setapak lagi perjalanan baru tapi cuma ingin berkongsi. Ya, 24 SEPTEMBER 2012 menjadi detik sejarahnya bagi diriku apabila aku telah mula memaki tudung labuh semula. Aku yakin dengan apa yang aku buat. Semuanya kerana ALLAH AZZAWAJALLA. Memang sudah lama tersarang dalam hati ini untuk memulakan langkah itu, tetapi entah kenapa, hati ini menidakkan. segalanya bermula selepas aku melihat salah seorang sahabat lama yang melakukan penghijraham memakai tudung labuh. Saat melihat sahabat tersebut, timbul di dalam hati kecil ku , betapa kerasnya hati aku. Aku yang dilahirkan dari keluarga yang sememangya menitip ajaran agama, tapi aku masih tidak mampu untuk beristiqamah. sedangkan si sahabat yang sememangnya dari keluarga yang biasa-2 sahaja mampu menguatkan dirinya. Di situ lah bermula segalanya. Aku tahu ALLAH sedang membuka pintu hatiku. Aku bersyukur di perkenalkan dengan si sahabat yang banyak membantu perjalanan aku ini . Disamping itu juga, aku sememangnya sudah beristiqamah memakai stoking dan ' hand socks' hampir tiga bulan, aku mula memakai tudung bawal 45 dengan tidak menyelimpangkan tudung. Aku juga sudah mula memakai inner tudung. Kerana aku tahu tudung itu memang jarang. Segalanya bermula di situ bila mana aku juga mula kurang dengar lagu-2 melaghakan. sampai satu hari itu, aku memadam satu folder dimana kesemuanya lagu-2 yang melaghakan. Lagu-2 cinta yang entah kemana.
Pagi itu, sedang aku bersiap ke kelas, aku mengsarungkan jubah hadiah dari emak, terlintas dalam hati kecil ku untuk mula memakai tudung labuh. Walaupun sudah agak lewat ke kelas, aku masih terus mencari tudung labuh tu dalam lagguage yang sememangya aku dah bawak sejak semester 1 , tapi aku tak pernah pakai :'( ya allah ...
Usai kelas pertama, aku menelefon mak memberitahu tentang perubahan aku untuk hari itu. jelas bunyi kegembiraan dari suara emak. Sebak dan sedikit air mata terpendam di sebalik kelopak mata. Betapa aku bersyukur dapat melakukan itu. Balik kelas itu, aku menghantar mesej kpd abg sulung. memberitahu perubahan ku dan supaya dapat menoakan keistiqamahan aku. Along suruh aku hanta mesej tersebut kepada setiap dari adik beradik ku . Kerana katanya , mungkin salah seorang dari doa mereka yang akan termakbul. ALHAMDULILLAH , ALLAH mudahkan segala urusan ku .
Hujung minggu tu aku pulang ke rumah , dan situlah permulaan aku memakai purdah. Kerana niat dihati memang sudah lama nak berpurdah. Tapi disebabkan beberapa kekangan. Even sebelum aku berpurdah , aku melakukan sunat istikharah . Aku ingin serahkan segala-2 galanya kepada ALLAH . Dalam apa juga keputusan , aku hendak 'berbincang' dengan ALLAH dahulu. Aku takut sekiranya niat pemakaian ku hanya kerana melihat sahabat-2 dan bukannya dari hati yang ikhlas. Pada mulanya , memang agak kekok. Dengan gaya aku yang agak ganas, menyebabkan emak tergelak melihat aku. namun aku hanya tersenyum dan memberitahu emak yang aku masih memerlukan masa untuk belajar . Hidayah sememangnya dari ALLAH , tapi kita perlu usaha untuk mendapat kannya. sesiapa yang berusaha mencari hidayah, INSYAALLAH akan dipermudahkan.
Segunung pengorbanan yang abah dah berikan, hanya ini yang aku dapat balas. aku masih tidak punya apa-2 untuk disumbangkan kepada abah. Semoga abah tidak dihukum di akhirat kelak dek hanya kerana kelalaian aku hendak menutup aurat. Kerana aku sedar selain aku , abah masih menpunyai tanggungjawab lain yang perlu dijaga iaitu emak dan kakak ku. Mana mungkin abah mampu menahan kesakitan di sana kelak dengan tanggungan dosanya lagi. Itu juga yang aku khabarkan kepada emak apabila emak bertanya tentang keadaan sebenar diriku . ' abah dah tanggung dosa dari kecil , nak tanggung dosa mak lagi , kakak lagi , aku lagi ' . Semoga sedikit pengorbanan ini dapat membantu abah di sana kelak satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment