Sinonim sudah cinta dengan diri kta. Even bukan sesame lelaki dan perempuan, kite still akan merasai nya sesama keluarga, kawan-2 , dan paling penting pada yang menciptakan cinta , ALLAH :)
Aku terfikir bebrapa kali jugak sebelum aku nak post entry ni. Takut desalah ertikan. Sekali lagi, mohon ampun sekiranya entry ni pembaca rasa tak perlu post, niat cuma nak brkongsi. Semoga ALLAH membuka hati untuk meninggalkan cinta demi CINTA :)
Berbicara soal hati, perasaan mula menerawang kembali , ya! aku kini milik sah ibu bapaku . Sudah semestinya milik ALLAH :) . Yang selama ini menjaga aku tanpa sedikit keluh kesah. Yang menyiapkan kelengkapan aku secukup-2 nya. lantas, terdetik jauh dalam sudut hati ini. Layak kah aku memberi cinta pada yang masih tidak berhak ?
Aku insan yang pernah melakukan kesilapan. sudah lumrahnya manusia itu khilaf. Dan aku salah seorang daripada itu . Aku akui, sememangnya aku pernah bermain dengan cinta manusia. Dan lebih spesifikasinya, cinta lelaki. Disaat awal niat penghijrahan aku , si dia menjadi taruhan untuk aku . Bagaimana harus aku memulakan langkah untuk memberi kefahaman yang utuh kepada si dia. ALLAH menunjukkan aku jalan. Pada mulanya. memang aku akui si dia agak sukar untuk terima. Tapi segalanya kuserahkan kepada PENCIPTA. Setelah aku 'berbincang' , aku putuskan untuk redho. Sekiranya si dia jodoh aku, dekat kan . Sekiranya bukan, jauhkanlah. ada hikmahnya atas apa yang jadi selama ini. Tidak lame kemudian, hubungan aku dah dia semakin keruh sampai satu tahap, aku rasa, memang si dia langsung dah tak ada ape-2 perasaan kat aku . Mungkin cara layanan dia. Bila aku amati, teringat doa yang pernah aku panjatkan. Mungkin ALLAH sudah tunjukkan. Aku yakin sekiranya dia jodohku, masanya akan tiba. buat masa sekarang, biarlah aku betulkan diri menjadi muslimah sejati. Terkadang aku rasa, cinta manusia ni akan sekat rasa cinta kepada ALLAH. Seriously ni aku rasa. Seolah-2 ada yang menghalang untuk kau mencinta ALLAH. susah sebenarnya nak ungkapkan rasa tu. Dan kerana aku yakin janji ALLAH, aku lepaskan dia pergi.
Kini aku ingin belajar. Belajar mencintai diri sendiri dan orang yang halal untuk dicinta. Aku taknak buang masa menjalani sesuatu bende yang tidak pasti. Mgkn ALLAH nak bagi prmpuan lagi baik untuk dia. Bagi aku sendiri, bila kita mula jauhkan cinta yang lagha nie, cinta pada ALLAH akan meresap seluruh dari hati kita. Tak bercinta bukannya tak laku, tetapi ALLAH nak bagi kemuliaan kepada seseorang tu. Terlintas jugak dalam hati ni, betapa ramai yang cintakan ALLAH, kalau aku masih lewa mengejar cintaNYA, tahap syurga manakah yang mampu aku dapat ? hidup cume satu perjalanan, akhirat pengakhiran . Kerdilnya aku kalau aku masih tidak serius meraih cinta-NYA
Perempuan ibarat epal, semakin tinggi, semakin hebat darjatnya. Terkadang epal itu terfikir kenapa dia masih belum dipetik ? lantas dia merendahkan dirinya sedangkan ALLAH dah meletakkan darjat yang tinggi kepadanya. Hanya pemuda yang benar-2 layak sahaja mampu memetiknya :)
Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH menbenarkan mana-2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya . Kerana ALLAH teramat mencintainya.tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH untuk menjaga kita? ALLAH seperti melepaskan kita kpd seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA . SUBHANALLAH

No comments:
Post a Comment